2007年8月17日 星期五

Rumpun'07


Rumpun? Rumpun ‘07 adalah satu akitiviti santai yang akan menemukan para penggiat aktiviti berasaskan internet. Dengan matlamat untuk menemukan mata dengan mata antara semua yang selama ini hanya kenal melalui papan kekunci & tetikus. weRumpun 2007 adalah pembuka tirai kepada aktiviti-aktiviti yang akan datang. Untuk edisi sulung ini, kami tampil’kan konsep santai.
Apakah Advertlets? Advertlets adalah sebuah media pengiklanan generasi baru yang kool! Terima kasih kepada Advertlets yang sudi menaja Rumpun 2007 supaya kita semua dapat menikmati teh tarik, teh ‘o’ ais, tongkat ali plus atau apa-apa yang menjadi kegemaran di’sana nanti. Jika kalian belum mengenal Advertlets, ada baik’nya kalian melawat mereka dan lawatan kalian tidak akan di’kenakan bayaran sama sekali, Advertlets malah akan hulur’kan duit. Kerna itulah, Advertlets kool!
Translasi Lebih Senang: Jom datang mamak beramai-ramai, berkumpul dengan blogger blogger Melayu! Advertlets akan belanja minum wei!
Syarat: Ini terbuka kepada semua blogger di seluruh Malaysia (di Singapura atau Indonesia pun boleh turut serta!) yang menulis blog dalam Bahasa Malaysia, bukan untuk mereka yang berkaum Melayu sahaja. Walaupun begitu, tengoklah senarai kehadiran Rumpun - janganlah biarkan saya seorang Cina Beng sahaja yang di sana! Sertailah kami, dan menyaksikan aksi aksi menarik para blogger BM! Tentu heboh wei!

沒有留言: